Saturday 21 April 2018

Travelog to Korea: Day 3


Alhamdulillah, kita sambung part 3..masha Allah betapa pemalas gila nak buat travelog ni..awal-awal dulu je semangat lebih..sekarang ni bila aku asyik busy dengan Prostho memang tak sempat..

Untuk Day 3, kitorang pergi Nami Island, Namsan Tower dan itu je..seharian habis masa kat sini je..
Ingat tak kisah aku makan ayam kyochon yg pedas tu..haaa esoknya memang perut meragam gila..serius tak selesa atas bas..

Awal-awal naik bas, budak lelaki ditugaskan jadi ustaz kejap. Semalam Fahmi bagi tazkirah, hari ni Atif pula. Ceyy bila Atif bagi ucapan je semua orang fokus..hahahaha fokus sebab nak gelakkan dia, bukan apa Atif ni boleh dikira budak paling sosial la antara budak laki tapi bukan la teruk sangat, dia sebab datang dari bukan sekolah agama. Cuma kelakar la dia jadi ustaz kejap. Entah la kitorang memang suka gelakkan dia. Tapi dia punya pemikiran memang aku tabik la. Hebat kot kalau jadi pemimpin.


Muka dia macam Cina sikit kan sebab nenek dia orang Cina. Bila datang Korea ni, ada orang Korea cakap Korea dengan dia. Mampus dia tak paham pon 😅😅😅

Then, kitorang rehat jap untuk siapa yang nak pergi tandas tu. Tapi yang lain sempat ambil gambar sebab view dia nice la juga. Aku ni mula nak pergi tandas tapi last-last







Hehe..then kitorang sampai la Nami Island nye. Ok, sampai-sampai pon dah selfie. Wey dah nama pon holiday, travel memang la tak lekang dengan gambar.



Pastu untuk ke Nami Island, kitorang diberi peta Nami Island tu sendiri untuk siapa-siapa yang nak berpecah dan cari jalan pulang nanti. Before sampai Nami Island tu kena naik feri dulu. Boleh juga melalui flying fox (ni tak tipu, memang betul orang ke sana naik flying fox je)



Ok aku tak nak cerita banyak la..memang kat sana kerja kitorang ambil gambar je.


Ni orang Korea tolonga amikkan.

Mak aku tengok gambar ni, ingat artis Korea mana.
"Tak mak, ni kawan orang (Nasim) acah artis Korea"











         




















Ni aku dah lakar nama aku kat buku ni..Tanda aku dah sampai Korea chuolllss. Kot-kot jodoh aku terjumpa nama aku kat sini 😆
Aku masih tercari-cari mana tugu Winter Sonata tu. Aku nak ambil gambar kat situ sebab pengaruh cita Hello Stranger. 10 minit lagi nak pukul 3 (kena berkumpul) sebab feri nak gerak pukul 3. Tapi-tapi aku tak ambil gambar lagi. Mana boleh jadi, rugi la kalau tak dapat. Dah la bukan senang-senang nak sampai Korea ni. Tak boleh jadi aku mesti pergi juga. Aku ajak Iman teman aku cari juga patung tu. Berlari-lari lintas hutan-hutan kat situ, tak ikut dah jalan biasa. Last-last jumpa juga. Mujur la ada lagi kawan-kawan aku yang masih bergambar, so boleh relax lagi.





Day 4

No comments:

Post a Comment